Wednesday, 18 July 2012

PENGENALAN KIMPALAN


Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri.
Kimpalan dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah. Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah kimpalan dengan menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran laser, tembakan elektron, kimpalan geseran dan ultrabunyi. Sungguhpun ia sering merupakan proses pengilangan, kimpalan boleh dilakukan dipersekitaran yang berbeza, termasuk kawasan terbuka, bawah air dan di angkasa lepas. Kimpalan merupakan usaha yang berpotensi merbahaya dan langkas keselamatan diperlukan bagi mengelakkan terbakar, renjatan eletrik, kerosakan penglihatan, menghidu gas dan asap beracun, dan dedahan pada radisai lampau ungu.
Sehingga akhir kurun ke-19, satu-satunya proses kimpalan adalan kimpalan tempa, di maka tukang besi telah gunakan selama berabad lamanya bagi menyambung besi dan keluli dengan memanaskan dan menempa. Kimpalan gerbang dan kimpalan gas merupakan proses terawal yang dikembangkan pada akhir abad ke 19 dan kimpalan eletrik tidak lama kemudian. Teknologi kimpalan berkembang dengan pantas pada awal kurun ke-20 ketika perang dunia pertama dan perang dunia kedua mendorong permintaan bagi kaedah sambungan yang mudah dan boleh diharap. Selepas perang, beberapa teknik kimpalan moden dibangunkan termasuk kaedah insani seperti kimpalan gerbang logam perisai ("shielded metal arc welding"), kini salah satu kaedah kimpalan yang paling popular, termasuk proses separa automatik dan automatik seperti kimpalan gerbang logam gas, kimpalan gerbang bawah air, kimpalan gerbang teras flux dan kimplan elektroslag. Perkembangan berterusan dengan ciptaan kimpalan laser, kimpalan elektron, kimpalan denyutan magnetik dan kimpalan putaran geseran ("friction stir welding") pada bahagian akhir kurun. Kini, sains terus berkembang. Kimpalan robot adalah biasa pada persekitaran pengilangan, dan penyelidikan berterusan membangunkan kaedah kimpalan baru dan lebih mengetahui mengenai kualiti kimpalan.

JENIS JENIS SAMBUNGAN ASAS KIMPALAN


Ada lima jenis sambungan asas yang digunakan dalam kerja kimpalan mengikut piawaian American Welding Society(AWS)


A. Sambungan Temu




B.Sambungan Kambi Tee



C. Sambungan Lekap



D. Sambungan Penjuru




E .Sambungan tepi

Tiap-tiap jenis sambungan mempunyai kebaikan dan kelemahan tertentu.Seseorang pengimpal mestilah mengetahui dan menitik beratkan perkara tersebut kerana kekuatan sambungan bergantung kepada jenis sambungan yang digunakan disamping bergantung kepada kemahiran pengimpal tersebut

JENIS KIMPALAN



Ada berbagai bagai jenis dan susunan sambungan kimpalan yang boleh dibuat dengan menggunakan berbagai bagai jenis kimpalan

jenis kimpalan adalah seperti berikut:-

kimpalan permukaan


kimpalan jenis ini mengandungi satu atau lebih rangkaian aliran kumai yang ditimbunkan pada permukaan logam.kimpalan permukaan dibuat untuk memperolehi sifat atau ukuran yang dikehendaki.

1. kimpalan kambi


Bentuk kimpalan kambi adalah lebih kurang segitiga jika dilihat muka keratan lintangnya. Kimpalan ini menyambungkan dua permukaan logam pada sudut-sudut tepat antara satu sama lain pada sambungan Tee, sambungan penjuru atau sambungan lekap.



2.kimpalan lurah



Kimpalan lurah dibuat di dalam lurah di antara dua keeping logam yang hendakdisambungkan. Kimpalan jenis ini sesuai digunakan untuk mengimpal sambungan temu segi, temu V tunggal dan berganda (V, U, J dan V, U, J berganda).


3.kimpalan lubang alur dan kimpalan palam



Kimpalan ini digunakan bagi menyambungkan dua keeping logam yang berlapis. Proses kimpalan dilakukan melalui lubang bulat atau lubang alur. Biasanya kimpalan ini digunakan bagi menggantikan ribet, bolt dan nat.

JENIS SAMBUNGAN


Pada sambungan jenis ini,proses pengimpalan dilakukan diantara dua tepi permukaan logam yang hendak disambungkan

A. Sambungan Temu segi


B. Sambungan V tunggal


C.Sambungan Temu V berganda


D. Sambungan Temu U tunggal 


E. Sambungan Temu U berganda


SAMBUNGAN KAMBI TEE



     Sambungan kambi tee dibuat dengan menyambungkan bahagian tepi sesuatu kepingan pada permukaan lain  pada kedudukan tegak (bersudut 90).Sambungan Kambi Logam Tee boleh dibuat untuk menyambungkan logam yang mempunyai sebarang ketebalan.dibawah adalah jenis-jenis sambungan Kambi Tee.

A.Sambungan Kambi Tee Segi


B.Sambungan Kambi Tee Serong
    

C.Sambungan Kambi Tee Serong Berganda


D.Sambungan Kambi Tee-J Tunggal


E.Sambungan Kambi Tee-J Berganda

     

SAMBUNGAN LEKAP


SAMBUNGAN LEKAP

Sambungan lekap dibuat dengan melapiskan kepingan logam.Sambungan ini merupakan salah stu jenis sambungan yang kukuh.sambungan menjadi lebih berkesan jika ukuran lebar lekapnya dibuat lebih daripada tiga kali ukuran tebal logam yang disambungankan.dua jenis sambungan lekap ialah

A.Sambungan lekap kambi tunggal


B.Sambungan Lekap kambi berganda


SAMBUNGAN PENJURU DAN SAMBUNGAN TEPI

Sambungan penjuru kerap digunakan didalam kerja menyambungkan kepingan logam yang tidak menanggung beban lampau.empat jenis sambungan penjuru adalah.

A.Sambungan Penjuru Rapat


B.Sambungan Penjuru Separuh Terbuka


C.Sambungan Penjuru Terbuka


   SAMBUNGAN TEPI


Seseuai dengan kepingan logam setebal 5mm kebawah dan sesuai bagi beban yang ringan sahaja